Tuesday, October 20, 2015

Panduan Mengenali Kod Rim Tayar Kereta




Mungkin anda pernah menukar rim tayar kereta anda. Samada rim anda sudah rosak ataupun ingin kelihatan lebih menarik, sporty, eksklusif atau mungkin sebab-sebab lain. Biasanya, kita hanya menyerahkan bulat-bulat kepada kedai tayar atau rim ketika membeli rim tayar tanpa mengetahui speksifikasi rim yang sepatutnya sesuai untuk kereta kita.

Pada posting kali ini, admin ingin berkongsi tips bagaimana anda boleh mengenal dan faham kod spesifikasi pada rim kereta anda.




1(a) Kod Rim yang telah di'punch' di bahagian dalam rim

a. Kod Rim

Kod rim biasanya di’punch’ pada bahagian dalam rim. Ini digunakan sebagai rujukan ketika memasang rim pada tayar kereta. Setiap huruf dan nombor mempunyai maksud yang tersendiri. Sebagai contoh, untuk rim seperti gambar 1 (a), kod rim adalah 8.5Jx20H2 ET52. Kod ini ditulis berbeza-beza mengikut pengeluar / kilang namun kebiasaannya menggunakan kod yang standard mengikut piawaian kereta Malaysia. Mari kita fahami apakah maksud kod yang biasa digunakan pada rim kereta kita.
Ambil kod 15x6.5-JJ 114.3-4-ET33 sebagai contoh.
1. Angka 15 adalah diameter rim dalam unit inci.
2. 6.5 adalah lebar rim dalam unit inci.
3. JJ adalah bentuk bibir rim.
4. 114.3 adalah pitch circle diameter (PCD) dalam unit mm.
5. Angka 4 adalah jumlah lubang pada rim.
6. Et33 adalah jarak offset rim dari garisan tengah rim.




b. Diameter Rim

Diameter rim adalah jarak antara hujung ke hujung rim atau lebih biasa dipanggil saiz rim. 15 inci, 16 inci dan sebagainya. Penukaran saiz rim perlulah merujuk kepada peraturan 3 peratus (3% formula) supaya tidak menjejaskan system odometer dan speedometer kereta anda.


c. Lebar Rim

Kelebaran rim adalah jarak bahagian rim yang dipasangkan dengan bahagian tayar yang bersentuh dengan jalan. Rim yang lebih lebar biasanya menggunakan tayar yang lebih nipis. Lebar rim dikira dalam inci, namun lebar tayar dikira dalam unit millimeter (mm) seperti 205, 215 dan sebagainya.


d. Bentuk Bibir Rim

Bentuk bibir rim biasanya dinyatakan dalam bentuk huruf, seperti J, JJ, JK dan sebagainya. Anda perlu mengetahui kod ini untuk memilih tayar yang sesuai dengan kereta anda.


e. Pitch Circle Diameter (PCD)

PCD adalah jarak antara dua titik tengah lubang skru pengikat rim anda. Jarak PCD berbeza mengikut bilangan lubang skru. Pada sesebuah rim. PCD setiap pengeluar adalah berbeza antara satu sama lain dan anda perlu mengetahui pCD kereta anda sebelum  membeli rim. Bagi kereta Proton dan Perodua, PCD mereka adalah 100.


f.  Jumlah Lubang Skru

Jumlah lubang skru bergantung kepada jenis dan saiz kereta. Jika kereta yang bersaiz besar dan mempunyai enjin berkuasa tinggi, biasanya mempunyai bilangan lubang skru yang lebih banyak pada hub tayar.


g.  Rim Offset (ET)

Rim offset perlu diketahui ketika memilih rim. ET33 bermaksud ‘offset 33mm’ ke hadapan. Lebih kecil offset bermakna rim akan terkeluar dari ruang tayar seperti rim Rota. Offset penting kerana jika anda tersalah memilih offset, tayar anda mungkin akan sangkut pada fender ataupun komponen suspensi sebelah dalam.

Seperti tayar, rim juga amat penting untuk anda mengetahui spesifikasinya kerana jika tersalah memilh rim, anda mungkin menanggung kerugian yang besar.



Diharap post ini dapat menambah pengetahuan anda mengenai rim kereta.

0 comments: