Thursday, October 8, 2015

Jenis-jenis Model Kereta


Anda mempunyai kereta? Saya percaya mungkin anda mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kereta untuk kegunaan harian walaupun tidak empunya dua atau tiga buah. Ini adalah kerana pengiraan pendaftaran kereta baharu di Malaysia pada tahun 2013 adalah melebihi lima juta buah mengikut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).   



Kereta ataupun automobile ialah kenderaan bertayar empat (biasanya) yang mempunyai enjin. Pada masa dahulunya, ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin untuk menggerakkannya. Kereta mempunyai satu tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang.


Kereta direka khas untuk bergerak di atas jalan raya untuk mengangkut penumpang dan membawa barangan, walaupun kadangkala ianya digunakan sebagai kenderaan untuk kegunaan lasak seperti SUV – (Sport Utility Vehicle) contohnya, membenarkan penggunaan kereta di luar jalan raya. Di dunia ini sekarang terdapat berbagai jenis jenama kereta yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat gergasi dan terkenal seperti :



Terdapat pelbagai jenis model kereta di atas jalanraya. Antaranya disenaraikan seperti:

 D Segmen - Sedan.




Mewakili kereta jenis Luxury Sedan. 
Kereta ini biasanya bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah. 
Contoh kereta jenis D-segmen adalah Honda Accord, Toyota Camry, Hyundai Sonata, Kia Optima, Mazda 6, dan BMW 5 Series. 
Jika kereta Nasional, Proton Inspira boleh juga dimasukkan dalam kategori ini. 




C Segmen - Sedan.






 Kategori ini merupakan kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga. 
Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona, Proton Waja, Hyundai Avante, Kia Forte, Honda Civic, Mazda 3, Toyota Vios, dan Chevloret Cruze, yang terbaru seperti Proton Preve, Hyundai Elentra (2012).


 B Segmen - Sedan. 


                                     

Kereta sedan kategori ini bersaiz kecil. 
Biasanya boleh memuatkan 4 orang dewasa. 
Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Hyundai Ascent, Toyota Vios, Honda City dan Mazda 2. 
Proton Preve juga dikatakan tergolong dalam segmen ini. 



Compact Car.


Kereta Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Chevrolet Aveo, Kia Picanto dan Hyundai Ilo pula adalah dalam kategori Compact car. 
Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil. 
Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. 
Sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat minyak.



MPV - Multi Purpose Vehicle.




Kini model MPV juga digemari oleh orang muda kerana ia sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga. 
Dengan 6 hingga 11 tempat duduk, MPV lebih selesa dari van dan lebih praktikal. 
Perodua Alza dan Honda Freed, merupakan rupa baru MPV di Malaysia dengan 7 tempat duduk dan bersaiz sebuah kereta sedan. 
Tetapi oleh kerana ruangnya yang begitu terhad, ia tidak sesuai untuk orang dewasa pada tempat duduk belakangnya. 
MPV pula seperti Mazda 5, Toyota Innova, Toyota Avanza, Honda Stream, Naza Citra, Kia Rondo dan Nissan Grand Livina lebih popular dengan saiz yang lebih besar dan mempunyai ruang yang lebih selesa.

Anda sudah mendapat idea di mana kategori kereta yang anda miliki?






0 comments: