Mengenai Blog Ini

Salam Perkenalan

Hi, AsSalamu'alaikum,

Selamat datang ke blog Panduan Penjagaan Kereta.

Saya Mohamad Fadzly selaku admin blog ini mengalu-alukan kunjungan anda.

Melalui Blog Panduan Penjagaan Kereta, saya ingin berkongsi maklumat dan informasi mengenai asas-asas penjagaan kereta bersama anda melalui pengalaman saya sebagai pemilik kenderaan persendirian selama 17 tahun. Segala maklumat yang diterbitkan melalui blog ini adalah melalui carian internet, blog automotif tempatan mahupun luar negara, koleksi bacaan dari artikel majalah dan media cetak mahupun melalui perbincangan bersama pemilik kenderaan. Anda bebas untuk menulis sebarang komen dan mewujudkan perbincangan melalui comment box yang disediakan.

Saya tidak mempunyai sebarang ijazah di dalam bidang automotif. Tetapi, bagi saya tidak perlu menjadi seorang mekanik mahupun pelajar graduan dari jurusan Mechanical Engineering untuk menjadi pakar buat kereta saya. Sebaliknya, saya dan anda sekurang-kurangnya harus tahu bila, bagaimana dan strategi dalam menghantar kereta untuk diservis di bengkel/workshop.

Ramai warga Malaysia yang memiliki kereta, tetapi tidak ramai yang mahir menjaganya. Ini fakta yang berlaku. Ramai pelanggan yang datang ke bengkel atau workshop apabila kereta dirundung masalah yang berpunca dari kekurangan ilmu penjagaan dan kelemahan menyelenggara kereta sendiri. Masalah ini tidak terlepas pada diri saya.

Antara contoh yang biasa kereta menghadapi masalah adalah seperti:
·        Enjin selalu panas yang berpunca kerana jarang memeriksa air di radiator.
·        Enjin terasa berat kerana salah memilih miyak hitam.
·        Kes yang paling teruk apabila enjin perlu di’overhaul’ kerana tidak ambil kisah tentang tarikh yang sepatutnya minyak hitam ditukar!

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada anda dan saya sebagai pemilik kenderaan yang menggunakannya hampir setiap hari. Ini adalah hakikatnya. 


Perkara seperti ini juga akan mengundang diri ditipu oleh pemilik bengkel yang tamak dengan mengenakan harga yang berlipat ganda dari yang sepatutnya. Masalah-masalah lain mungkin akan berkait jika kita masih bersikap sambal lewa terhadap penjagaan kenderaan kesayangan.

Mudah-mudahan melalui pembacaan artikel PanduanPenjagaanKereta.blogspot.com dapat menambah pemahaman saya dan memberi nilai ilmu pengetahuan kepada anda terhadap asas-asas penjagaan kereta...


Salam perkenalan...


Admin PanduanPenjagaanKereta.blogspot.my


                          










0 comments: