Setelah beberapa tahun menggunakan kereta yang sama, anda
mungkin berhadapan dengan situasi bahawa enjin tidak menghasilkan daya pecutan
penuh. Keadaan sebegini biasanya mudah dirasai ketika mendaki bukit. Malah ada
ketikanya anda berasa enjin kereta sudah kuat mengaum tetapi kereta tidak meluncur
laju.
Dalam keadaan biasa, kereta dapat bergerak menaiki bukit
dengan menggunakan gear ketiga. Tetapi, sejak kebelakangan ini pada gear ketiga, kereta seolah-olah merangkak dan akhirnya anda terpaksa menukar kepada gear
kedua dengan enjin semakin mengaum kuat.
Selain disebabkan kerosakan
dan kebocoran ekzos, mungkin ada
masalah lain yang perlu diteliti.
Apabila berhadapan dengan masalah ini, antara kemungkinan puncanya ialah :
• kerosakan pada sistem penyalaan / ignition system.
• penyelarasan petrol kurang tepat.
• enjin terlalu panas /overheat.
• kerosakan pada cekam brek.
• Brek terlalu ketat atau
• tekanan pada enjin tidak mencukupi.
Justeru, apabila berhadapan dengan keadaan ini, pemeriksaan terhadap sebab-sebab tesebut dan pembaikan kecemasan boleh dilakukan:
Pertama : Sistem Palam Pencucuh Bocor
Periksa sama ada sistem penyalaan terpasang baik dengan
meneliti penutup palam pencucuh/spark plug tiada kebocoran/berlubang dan
ditutup dengan kemas. Kemudian lakukan dengan memeriksa palam pencucuh.
Pastikan karbon hitam yang terdapat pada kepala palam pencucuh. Jika terlalu
tebal akan mengganggu prestasi enjin dan ianya perlu ditukar. Apabila nyalaan api
plug terlalu lemah atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah
suis-suis penutup arus.
Kedua : Fuel Filter Tersumbat
Periksa samada sistem penapis petrol/fuel filter berada dalam keadaan baik dan tidak tersumbat. Apabila petrol yang mengalir ke dalam silinder dengan kadar tidak sesuai dengan yang diperlukan oleh enjin (terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya campuran petrol dan udara yang kurang sempurna, sehingga mengakibatkan keupayaan enjin akan berkurangan. Selain itu, hendaklah juga diperiksa sama ada penapis udara/air filter tidak tersumbat oleh kotoran. Masalah enjin tidak menghasilkan daya pecutan penuh juga terjadi apabila enjin terlampau panas.
Ketiga : Brek Bergesel Dengan Disk
Periksa juga adakah cekam brek rosak atau brek yang bergesel
pada piring cakera. Adakalanya enjin tidak menghasilkan daya pecutan penuh
bukanlah berpunca daripada masalah enjin itu sendiri. Cekam brek rosak atau brek
yang bergesel pada cakera/disk brake menyebabkan keupayaan enjin tidak dapat
dimaksimumkan dengan baik sehingga menyebabkan gejala yang sama dengan keadaan
enjin tidak menghasilkan daya pecutan penuh.
Masalah berkenaan enjin mengaum kuat dan kereta tidak ‘pick-up’
sering menjadi kekeliruan utama kerana setiap kali enjin tidak menghasilkan
daya pecutan penuh, tumpuan diberikan kepada mencari masalah enjin, sedangkan
dalam banyak keadaan, cekam atau brek yang bergesel pada disk menjadi puncanya.
Keempat : Gasket Kepala Silinder Bocor
Seterusnya, enjin juga tidak menghasilkan daya pecutan penuh
apabila mampatan enjin tidak cukup tinggi. Biasanya kerosakan sebegini terjadi
kepada enjin yang sudah tua/lama dan gasket kepala selinder / cylinder head gasket bocor.
Masalah ini sering terjadi kepada kereta yang menggunakan suntikan terus/full
injection dan selalu dipandu laju semasa dalam perjalanan jauh. Bagaimanapun,
gejala ini kurang menjadi kepada kenderaan yang berjalan kurang daripada
100,000 kilometer. Jika keadaan ini terjadi, adalah lebih baik kereta anda
dibawa ke workshop untuk menggantikannya.
Sekian, moga bermanfaat dan berjumpa lagi pada tips akan datang.